Aug 25, 2010

kisah benar bukan LAWAK !


" Salam sejahtera. Nama saya Lin ( bukan nama sebenar) dan saya sekarang sedang menuntut di salah sebuah universiti di negara matahari terbit, Jepun. Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan pembaca budiman sekalian dan diharap kisah ini dapat dijadikan iktibar pada masa hadapan.


Kisah ini berlaku di depan mata saya sendiri menyebabkan saya berasa insaf.Ada seorang budak Jepun tinggal bersama-sama ibu nya di daerah Yamanashi. Dua beranak ini hanya tinggal berdua sahaja kerana bapa Tatsuo-Kun telah meninggal dalam satu kemalangan jalanraya. Kerana keluarga ini hanya tinggal berdua sahaja maka hubungan di antara Tatsuo-Kun dengan ibunya Maciko-San amatlah rapat sekali. Apa yang dihajati oleh Tatsuo-Kun akan cuba dipenuhi ole ibunya dan Tatsuo-Kun pula membesar menjadi seorang remaja yang bijak lalu membolehkan dia mendapat biasiswa dan memasuki Meiji University.

Ketika ini, perangai Tatsuo-Kun mula berubah dan selalu tidak menelefon atau pulang ke rumah ketika cuti dan meninggalkan ibunya kesunyian di rumah. Hendak dipendekkan cerita, Maciko-Sun telah mengambil keputusan untuk datang ke Tokyo untuk berjumpa dengan anak kesayangan nya.Ketika itulah satu perkara telah menginsafkan saya telah berlaku.Ia terjadi di DEPAN MATA saya sendiri.

Tatsuo-Kun baru sahaja keluar dari pintu universiti bersama rakan-rakannya ketika ibunya tiba dan memanggil namanya. Melihat keadaan ibunya yang berpakaian kampung membuatkan Tatsuo-Kun berasa malu dengan rakan-rakannya yang rata-rata anak orang berada. Tatsuo-Kun dengan muka yang berang mendekati ibunya dan berkata "eh, macik ne salah orang la! ".. Saya berasa sedih dan terkejut ketika itu melihat Maciko-San dilayan sebegitu rupa tetapi masih mampu mengawal airmata. Maciko-San memegang tangan anaknya dan merayu supaya anaknya tidak berkata sedemikian tetapi Tatsuo-Kun yang didorong perasaan malunya telah menolak ibunya ke arah jalan raya dan dilanggar kereta.

Saya berasa sungguh sedih dan cuba untuk menolong tetapi apakan daya kerana ianya cuma berlaku di dalam televisyen di rumah saya. Lantas saya mengambil remote control dan menukar ke siaran lain. Sadis sangat!

Diharap pembaca tidak berasa marah dan tertipu dengan kisah saya ini kerana kisah ini mmg benar terjadi pada suatu petang yang nyaman. Sekian. "

* grrr ! geram + lcuuw bla aku bca kisah "cdiey" ne. ceit ! haha. pape pon, hati aku terhibur membaca kisah yg konon nya cdiey ne. hahahaa